Haii ! Lets Follow Me . Back To Dashboard? Thanks for coming here :)
Vacay In Malaysia
WELCOME TO VACAY IN MALAYSIA BLOG ! LETS TRAVEL WITH ME :)

03 February 2014

Jeram Toi , Negeri Sembilan :)


Kali ni nurin nak share trip ke Negeri Sembilan pulak . Sebelah negeri je laa sebab nurin kan orang Melaka . Nak sampai sana pun tak sampai 2 jam sebab memang dekat dengan rumah nurin . Kitorang plan nak pergi sana pun sebab nak sambut birthday ayah nurin yang ke 51 . Lagipun ni laa kali pertama family nurin pergi Jeram Toi ni . Sesat jugak laa nak sampai sana tapi nasib baik laa ada Maps :)

Tempat ni sebenarnya dipanggil Hutan Lipur Jeram Toi . Jeram ni ada tiga level kalau nurin tak silap . Kat bahagian bawah sekali tempat untuk kanak-kanak sebab air pun cetek dan siap ada gelongsor lagi . Ada jugak satu kolam besar yg kedalamannye sesuai untuk orang dewasa . Kawasan ni kalau dah ramai tak best sebab padat sangat dan tak selesa nak mandi . 

Kalau korang naik tangga yang nampak tinggi menjunam tu , korang akan sampai level air terjun yang agak menarik sebab jatuh dari atas dan kawasan tempat mandinya biasa je sekadar untuk berendam . Kawasan paling atas sekali takde air terjun dah sebab dah atas sekali dan kawasan tu pun sekadar untuk berendam tapi besar sikit berbanding bawah dan dikelilingi hutan . Kat sini jugak sesuai kalau korang nak buat barbeque tapi kena penat lelah sikit laa nak mengangkut barang bawak ke atas .





Jeram Toi ni sesuai sangat kalau korang teringin nak berkelah dengan keluarga . Tempat nak duduk pun banyak dan luas . Tak berebut laa kalau korang datang beramai-ramai nak berkelah kat sana . Lagipun , kemudahan kat sana dah makin bertambah . Pondok-pondok untuk korang berehat pun disedikan . Sesuai sangat kalau teringin nak baring baring kat sana . Bilik persalinan , tandas , surau dan sebagainya pun disediakan untuk kemudahan korang sepanjang kat sana . 
                                                       

Paling best kat tempat ni sebab banyak kawasan untuk korang mandi . Nak duduk berkelah pun selesa dan kitorang sempat laa sambut birthday ayah nurin . Dah siap potong kek and makan-makan baru laa semua turun mandi . Memang best sangat ! Air pun sejuk dan mandi tak berhimpit-himpit sampai kitorang tak sedar dah berjam-jam duduk dalam air . Dah petang baru teringat nak balik :)




p/s : kalau korang nak lagi info tambahan tentang Jeram Toi ni boleh laa klik kat {LINK} ni . Mybe boleh bantu korang-korang yang berminat nak pergi sini :)

8 cute comment:

RynaHakimi said...

Macam best je jeram toi tu..Akak dulu sempat gak duk Melaka 2 tahun.. Rindu nak duk sana..hehe

athiqi ariff said...

dah lama nk g negori sembilan..

Mish Eyryn said...

Ryna : memang best pun kat sana . Hehee , meh laa duk Melaka balik :)

Athiqi : pegi laa . best kat sana :)

As Razali said...

Happy family! :)

Izzaty Azma said...

lama dah tak pergi jeram toi even duduk kat negeri sembilan ^^, makin cantik gaknya tempat tu

Mish Eyryn said...

As : hehee :))

Izzaty : memang cantik dah tempat tu sekarang .

Khir Khalid said...

Assalam.. seronoknya.. dah lama saya tak ke sana, terakhir pun dah dkt 6 tahun yg lalu.. mmg best..
Saya follow sini ye & salam ukhwah.. :)

Khir Khalid said...

Assalam.. seronoknya.. dah lama juga tak ke sana, dah hampir 6 tahun juga rasanya.. mmg best..
Saya follow sini ye & salam ukhwah.. :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Me. All Right Reserved To Me.