Haii ! Lets Follow Me . Back To Dashboard? Thanks for coming here :)
Vacay In Malaysia
WELCOME TO VACAY IN MALAYSIA BLOG ! LETS TRAVEL WITH ME :)

06 February 2014

Fly To Miri , Sarawak :)


Alhamdulillah , still ada kesempatan nak update blog travel ni . Kali ni nurin nak share dengan korang trip jauh pulak ! Hehee , sampai keluar semenanjung laa jugak jauhnya tu . Trip kali ni nurin pergi Sarawak Bumi Kenyalang laa pulak . Tak keluar Malaysia pun tapi tetap jugak ade peluang nak naik kapal terbang :)

Kitorang pilih Miri sebab kat sana je laa ada saudara-saudara nurin . Disebabkan tak pernah sampai sana , kitorang tak berani nak pergi tempat-tempat lain sebab takut sesat . Kalau kat Miri , ada laa jugak orang yang nak tunjukkan jalan and tempat-tempat best yang kitorang boleh pergi . Ehh ! Miri pun ada banyak tempat menarik tauu . Rugi laa kalau korang tak try pergi sana and jalan-jalan . Yang paling best sebab korang ada peluang nak naik kapal terbang pergi sana walaupun perjalanan cuma 2 jam dari KLIA .


Tempat pertama yang kitorang pergi kat Miri tu Taman Awam Miri . Taman ni memang sesuai kalau korang nak jalan-jalan atau beriadah . Nak pergi waktu siang boleh , malam pun boleh sebab memang sentiasa ramai orang kat sini . Yang bestnya kat taman ni ada tempat permainan kanak-kanak versi berair dan tak berair . Kalau bawak kanak-kanak memang sesuai sangat and kat sini jugak ada jambatan gantung . Yeayhh ! Walaupun gayat , tetap jugak try naik atas jambatan tu sebab rugi kalau tak try :)


Tempat seterusnya ialah The Grand Oil Lady atau Telaga Minyak Miri yang terawal sekali di Miri . Ada jugak orang panggil tempat ni Canada Hill . Kalau korang nak tengok pemandangan bandar Miri , boleh nampak dari atas ni sebab tempat ni terletak betul-betul kat atas bukit . Waktu malam , memang cantik pemandangan dari atas ni sebab korang nampak lampu-lampu macam kat KL . Kat sini jugak ada Muzium Petroleum . Masuk je muzium , mesti terpegun sebab banyak benda best kat dalam muzium ni . Paling penting , decoration dalam muzium ni memang cantik !




Seterusnya kitorang pergi rumah panjang yang ada kat Miri tu . Kebanyakan orang kat sana bukan Islam , so kitorang terpaksa pilih dan tanya ketua kat sana sebelum masuk dalam rumah . Rumah panjang ni menarik sebab dalam satu rumah boleh ada lebih kurang 10 keluarga yang duduk . Setiap keluarga ada bilik masing-masing yang memanjang ke belakang . Kebanyakan aktiviti diorang akan buat beramai-ramai kat ruang tamu rumah yang sememangnya panjang !



Destinasi seterusnya ialah Marina Bay . Kat sini korang boleh tengok banyak kapal-kapal sebab memang tempat kapal berlabuh . Tapi waktu kitorang datang , Marina Bay ni masih dalam renovation . Disebabkan tu tak boleh nak berjalan sakan kat sana . Boleh tengok kapal dari jauh je . Tapi , pemandangan kat sini memang cantik . Tempat ni memang ramai orang datang waktu petang .



Akhir sekali . tempat yang agak menarik jugak dekat Miri ni adalah Luak Bay Esplanade . Wahh ! Kalau korang dengar nama pun mesti dah terbayang tempatnya kan . Luak Bay Esplanade ni kawasan tepi pantai , memang best kalau korang nak bersantai waktu petang dengan keluarga . Banyak gerai-gerai kat sini and ada macam-macam makanan . Opss ! Ada lagi satu tempat best yang lebih kurang macam Luak Bay Esplanade , nama tempat tu Tanjung Lubang . Kat sini pun best sebab pemandangan cantik and kawasan tepi pantai . Boleh laa datang kalau korang nak berehat-rehat lepas penat berjalan .





p/s : Tu je tempat-tempat yang nurin sempat lawat sepanjang kat sana . Kalau korang nak tahu banyak lagi tempat best kat Miri , korang boleh kli {SINI}

3 cute comment:

J said...

lama dah tak pergi miri ;')

Batrisyia Arashe said...

Miri! My hometown.. :)

Unknown said...

MIRI ALSO MY HOMETOWN..IYE KAN JE LA..HEHE

 
This Template Was Made & Design With Love By Me. All Right Reserved To Me.