Haii ! Lets Follow Me . Back To Dashboard? Thanks for coming here :)
Vacay In Malaysia
WELCOME TO VACAY IN MALAYSIA BLOG ! LETS TRAVEL WITH ME :)

28 January 2014

Gua Tempurung , Perak ! Here I Come :)


Hari ni baru nurin ada kesempatan nak update blog ni . Dah nama pun blog vacation kan , so kali ni nurin nak share tentang perjalanan nurin dengan keluarga masa pergi Perak hari tu . Dekat Perak ni sebenarnya banyak tempat-tempat best tapi kami pilih Gua Tempurung sebab nurin memang tak pernah pergi sana . Selalu tengok kat majalah atau kat tv je . Kali ni baru ada peluang nak pergi sendiri . 

Perjalanan dari Melaka sampai sana ambil masa lama sebab jauh . Gua Tempurung ni tak jauh dari Bandaraya Ipoh , 30 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan dan exit di Tol Gopeng dan lepas tu korang nampak sebesar-besar papan tanda Gua Tempurung . Teruskan je laa perjalan korang berpandukan papan tanda lepas tu :)

Gua Tempurung ada menyediakan 4 jenis tour ; dua dry tour dan dua wet tour. 

Pakej lawatan 1: Golden Flowstone


  • Lawatan di lorong pejalan kaki yang mengambil masa 40 minit.
  • Bayaran RM6 (dewasa), RM2.50 (kanak-kanak), RM3 (warga emas).


Pakej lawatan 2: Top of The World


  • Lawatan selama satu jam 45 minit menjelajah bahagian menarik di dalam gua.
  • Perjalanan mulai pintu masuk gua sehingga ke stesen pelantar lima (Dewan Alam Gergasi).
  • Bayaran RM9 (dewasa), RM4.50 (kanak-kanak), RM3 (warga emas).
  • Perjalanan catwalk & menyusuri sungai bawah tanah (perjalanan kering).


Pakej lawatan 3: Top of The World & Short River Adventure


  • Aktiviti berkumpulan yang mencabar dalam perjalanan sejauh dua jam 30 minit.
  • Perjalanan sejauh 2.4 kilometer menjelajah pelbagai laluan berliku, termasuk menyusuri anak sungai.
  • Bayaran RM11 (dewasa), RM6 (kanak-kanak), RM6 (warga emas).


Pakej lawatan 4: Grand Tour


  • Ekspedisi berkumpulan paling mencabar dengan perjalanan sejauh 3.8 km dengan berjalan kaki sehingga ke pelantar 10.
  • Cabaran diteruskan dengan aktiviti menyusuri anak sungai.
  • Keseluruhan aktiviti mengambil masa selama tiga jam 30 minit.
  • Bayaran RM22 (dewasa), RM11 (kanak-kanak), RM6 (warga emas).

Kami cuma berani nak pilih pakej 2 sebab fikirkan adik-adik nurin yang masih kecil . Kesian pulak kat diorang kalau kena merangkak , menggelongsor dan sebagainya nanti . So kami pun teruskan perjalanan masuk dalam gua . Penat jugak berjalan dalam tu sebab kena panjat-panjat tangga . Sewaktu memanjat tangga disini , kami diberitahu bahawa tarikan graviti semakin kuat , sebab itu adalah kawasan gunung berapi . Jadi sesiapa yang berat 50 kilo , akan tambah 10 kilo lagi , dan korang memang akan rasa pening-pening lalat dan kalau yang tak kuat tu mungkin boleh pitam , jadi kami digalakkan berjalan berdua-duaan , supaya ada kawan kalau jadik apa-apa . 
aktiviti memanjat tangga dalam gua
Berikutnya , kami dibawa melalui Wind Tunnel . Ni yang paling best sekali , sebab ada angin kat sini . So habis peluh-peluh yang ada kering . Yang uniknya , angin ni ada cuma dikawasan tu je , kalau korang pegi luar sikit dari kawasan tu , korang tak kan dapat rasa angin tu . Angin ni tidak akan pernah berhenti . Kawasan tunnel ni adalah di center Gua Tempurung , jadi pertembungan angin yang datang dari arah belakang dan depan gua, telah menyebabkan angin tu cuma berpusing-pusing di kawasan tu saja .
Wind Tunnel
Di Golden Flowstone pula ada banyak jenis batu-batu antaranya kristal dan bijih timah . Bila torchlight disuluh di dinding gua , akan nampak la kristal-kristal tu duk lip lap lip lap . Dan di Tin Mine Cavern korang boleh melihat ada sedikit peninggalan sejarah dahulu kala , ada pelombong yang masuk dalam gua ni konon nak mencari bijih timah , tapi sayang kebanyakkan mereka terkorban kerana structure batu dan tanah di sini tidak stabil telah menyukarkan kerja-kerja pelombongan dilakukan .
Golden Flowstone
Penat berjalan memang penat . Kesian juga tengok adik-adik nurin semua keletihan tapi tetap best sebab akhirnya dapat jugak masuk dalam gua ni . Penat lelah kami sepanjang berada di dalam gua sangat berbaloi , sebab ada banyak info yang kami tak pernah tahu sekarang dah jadi tahu dan kami juga berjaya mendaki sebanyak 640 anak tangga semasa dalam gua ni .



p/s : Kalau korang nak tahu lebih banyak maklumat tentang Gua Tempurung ni , boleh klik SINI dan kalau berkesempatan , pergi laa Gua Tempurung ni sebab korang boleh join banyak lagi aktiviti best sepanjang korang kat dalam gua . Seriously enjoyed ! Try laa :))

0 cute comment:

 
This Template Was Made & Design With Love By Me. All Right Reserved To Me.