Tempat ni sebenarnya dipanggil Hutan Lipur Jeram Toi . Jeram ni ada tiga level kalau nurin tak silap . Kat bahagian bawah sekali tempat untuk kanak-kanak sebab air pun cetek dan siap ada gelongsor lagi . Ada jugak satu kolam besar yg kedalamannye sesuai untuk orang dewasa . Kawasan ni kalau dah ramai tak best sebab padat sangat dan tak selesa nak mandi .
Kalau korang naik tangga yang nampak tinggi menjunam tu , korang akan sampai level air terjun yang agak menarik sebab jatuh dari atas dan kawasan tempat mandinya biasa je sekadar untuk berendam . Kawasan paling atas sekali takde air terjun dah sebab dah atas sekali dan kawasan tu pun sekadar untuk berendam tapi besar sikit berbanding bawah dan dikelilingi hutan . Kat sini jugak sesuai kalau korang nak buat barbeque tapi kena penat lelah sikit laa nak mengangkut barang bawak ke atas .
Jeram Toi ni sesuai sangat kalau korang teringin nak berkelah dengan keluarga . Tempat nak duduk pun banyak dan luas . Tak berebut laa kalau korang datang beramai-ramai nak berkelah kat sana . Lagipun , kemudahan kat sana dah makin bertambah . Pondok-pondok untuk korang berehat pun disedikan . Sesuai sangat kalau teringin nak baring baring kat sana . Bilik persalinan , tandas , surau dan sebagainya pun disediakan untuk kemudahan korang sepanjang kat sana .
p/s : kalau korang nak lagi info tambahan tentang Jeram Toi ni boleh laa klik kat {LINK} ni . Mybe boleh bantu korang-korang yang berminat nak pergi sini :)
8 cute comment:
Macam best je jeram toi tu..Akak dulu sempat gak duk Melaka 2 tahun.. Rindu nak duk sana..hehe
dah lama nk g negori sembilan..
Ryna : memang best pun kat sana . Hehee , meh laa duk Melaka balik :)
Athiqi : pegi laa . best kat sana :)
Happy family! :)
lama dah tak pergi jeram toi even duduk kat negeri sembilan ^^, makin cantik gaknya tempat tu
As : hehee :))
Izzaty : memang cantik dah tempat tu sekarang .
Assalam.. seronoknya.. dah lama saya tak ke sana, terakhir pun dah dkt 6 tahun yg lalu.. mmg best..
Saya follow sini ye & salam ukhwah.. :)
Assalam.. seronoknya.. dah lama juga tak ke sana, dah hampir 6 tahun juga rasanya.. mmg best..
Saya follow sini ye & salam ukhwah.. :)
Post a Comment