Haii ! Lets Follow Me . Back To Dashboard? Thanks for coming here :)
Vacay In Malaysia
WELCOME TO VACAY IN MALAYSIA BLOG ! LETS TRAVEL WITH ME :)

23 February 2014

Memorable Day In Langkawi


Entry kali ni untuk berkongsi satu lagi tempat menarik yang ada kat Malaysia ni yang nurin dah lawati . Tengok kat tajuk pun mesti ramai yang dah tahu tentang tempat ni iaitu Pulau Langkawi ! Pulau Langkawi ni sememangnya terkenal dengan tempat-tempat menarik dan tempat percutian yang best . Selain tu , Langkawi juga terkenal dengan pelbagai sejarah yang turut menjadi salah satu daya tarikan pelancong :)



Perjalanan dari Melaka nak ke Langkawi memang jauh . Tapi memang satu pengalaman yang menarik sebab dapat naik feri . Bila sampai sana , tempat pertama yang kitorang pergi dah semestinya Dataran Helang . Dataran Helang ni merupakan mercu tanda Langkawi dan tempat tumpuan pelancong . Patung Lang gergasi yang terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah , dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong yang datang ke Langkawi .



Tempat kedua yang nurin pergi adalah Cabel Car Langkawi . Cable Car Langkawi ni terletak di Gunung Mat Chinchang . Cable car Langkawi mula dibuka kepada umum pada 27 Febuari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter . Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik . Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia , mengalahkan Cable Car di Switzerland . Titian gantung cable car Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks cable car Langkawi . Titian ini unik kerana , walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan . Selain itu , strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya .






Destinasi seterusnya yang kitorang tuju adalah Pulau Dayang Bunting . Fuhh kalau dengar je nama pulau ni mesti semua dah boleh teringat tentang sejarah pulau ni yang memang terkenal . Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah . Ia terletak 17.6km atau 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah , Langkawi . Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang disewa di jeti Pekan Kuah , Pulau Langkawi . Pulau ini dapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting . Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena . Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting , kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting .






Lepas dah habis jalan-jalan kat sekitar Tasik Dayang Bunting , kitorang singgah pulak kat Eagle's Nest Langkawi . Kat sini kita berpeluang untuk tengok burung helang yang sememangnya banyak dan boleh jugak cuba untuk bagi makanan pada burung helang . Pemandu kapal bot akan meleparkan makanan ke dalam air dan menunggu kedatangan burung-burung helang yang besar ini yang sentiasa berterbangan di udara dan turun untuk mendapatkan makanan tersebut .



Seterusnya , kami terus ke Pulau Beras Basah . Pulau ini tidak terlalu luas tetapi mempunyai pemandangan yang cukup cantik . Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh . Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal . Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah . Tetapi AWAS ! Sebab kera banyak berkeliaran kat sini untuk mengambil bekalan makanan yang kita bawa .



Destinasi terakhir waktu kat Langkawi ni adalah Pantai Cenang . Ada banyak kedai . Agak sibuk tapi takde laa sibuk mana . Cuma ini laa tempat tumpuan pelancong . Sepanjang pantai memang cukup terjaga cuma ramai orang so tak berapa ada privacy kecuali di area Meritus . Dan area ni memang banyak restorant . Nak shopping pun boleh sebab ada Cenang Mall yang baru bukak . 




p/s : Kalau ke Langkawi , banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi . Rugi kalau tak singgah sebab lain tempat , lain suasana dan lain pengalamannya . Nak cari tempat menarik kat Langkawi ? Mehh klik {SINI}

22 February 2014

Penang Trip Yaww !

Hari ni nurin teringin sangat nak update dan nak share satu lagi tempat best yang nurin dah pergi . Dan yang pasti trip nurin kali ni lebih jauh dan lagi best ! Iye laa , sape laa yang tak seronok kalau dapat berjalan jauh kan . Kali ni nurin nak share pasal trip ke Penang pulak . Dari Melaka nak ke Penang sememangnya jauh dan berjam-jam duduk dalam kereta . Disebabkan tu kitorang gerak waktu malam dan sampai sana waktu pagi . Hampir 8 jam jugak laa perjalanan nak sampai sana . 

Benda pertama yang teruja bila pergi Penang semestinya masa lalu atas Jambatan Pulau Pinang . Biasanya tengok dalam tv je , kali ni dapat naik sendiri atas jambatan yang panjang tu . Sampai kat sana , tempat pertama nurin pergi semestinya kedai makan yang ada kat Penang . Kat sini memang terkenal dengan mamak style dan sememangnya susah nak cari kedai makan melayu :)



Kalau dah sampai Penang , tak lengkap laa kalau tak naik feri kan . Dah teringin sangat , naik laa jugak feri . Pengalaman kali pertama memang best ! Rasa macam taknak turun pun ada dan rasa macam sekejap sangat dapat duduk atas feri tu sebab perjalanan cuma 15-20 minit je. Destinasi nurin seterusnya adalah Taman Kota Lama . Kat sini boleh berehat-rehat dan bersantai tepi laut . Yang istimewanya kat sini jugak kita boleh tengok Star Cruise berlabuh dan macam kat Melaka ada beca cantik-cantik untuk korang naik . 






Dah puas bersantai-santai kitorang teruskan lagi perjalanan pergi ke Bukit Bendera . Tapi takde rezeki nak naik cable car kat sana sebab tempat tu tutup under maintenance . Haihh kecewa laa jugak sebab memang dah excited sangat nak naik Bukit Bendera tu . Next , kitorang pergi jalan-jalan kat sekitar tempat tu dan singgah makan . Dah sampai Penang memang rugi laa kalau tak cuba rasa Pasembur yang semestinya makanan paling popular kat sini :)




Seterusnya , kitorang pergi Kek Lok Si Temple . Actually , ni salah satu tempat yang memang famous kat Penang ni dan waktu kitorang datang memang ramai orang pergi sini . Nak sampai ke bahagian atas temple ni memang payah ! Sebab korang kena mendaki tangga yang memang tak terkira dan sememangnya sempit sebab kat kiri kanan ada kedai-kedai yang jual macam-macam cenderahati . Berpeluh laa jugak kalau nak sampai atas tu . Nak cerita pasal temple ni pun tak tahu sebab tak mendaki sampai ke atas pun sebab dah terlampau penat dan waktu tu memang dah petang . Tapi kawasan kat dalam temple ni memang cantik dan menarik !






Tempat terakhir yang nurin pergi waktu kat Penang ni adalah Pantai Batu Feringgi . Kat sini kitorang cuma bersantai-santai kat tepi pantai sebelum balik Melaka . Pantai ni merupakan pantai yang paling popular kat Penang dan penuh dengan deretan hotel-hotel mewah . Selain tu , pemandangan sekitar pantai ni jugak memang menarik dan hampir sama dengan pantai yang terkenal di dunia iaitu Miami Beach . Kalau dah sampai Penang , rugi kalau tak singgah kat sini . 



p/s : Kat Penang ada banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi tau ! Kalau nak tahu tempat-tempat best yang ada kat Penang , korang klik {SINI} atau {SINI}

18 February 2014

Pantai Teluk Kemang , Port Dickson :)

Haii blogger ! Kali ni nurin berkesempatan nak update satu lagi tempat best yang ada kat Malaysia ni . Mungkin ramai yang dah tahu tempat ni . Lagipun tempat ni ada kat Negeri Sembilan dan macam biasa , sebelah negeri je laa bagi nurin . Kali ni nurin nak share dengan korang pasal Port Dickson . Rasanya ramai dah tahu tempat ni memang terkenal dengan pantai sebab dekat sini je memang banyak pantai yang korang boleh pergi . Yang best nya , pantai-pantai tu tak jauh . So , dalam sehari korang boleh pergi banyak mana pantai yang korang nak !

Tapi entry kali ni nurin takkan sebut semua pantai yang ada kat sana . Cuma pantai yang nurin pernah pergi dan selalu pergi je . Pantai yang tentunya pantai paling famous kat sana Pantai Teluk Kemang . Pantai ni kalau waktu hujung minggu atau petang-petang hari biasa memang ramai orang . Ramai tahap yang korang pun susah nak bayangkan sebab rasa sesak kalau nak mandi-manda . Tapi nasib baik laa pantai ni luas . Selesa laa jugak waktu nurin datang nak mandi-manda dengan keluarga hari tu :)
Kat sini dah ada banyak kemudahan . Contohnya ada canopy dan kerusi malas untuk disewa . Disebabkan nak selesa , kitorang sewa canopy dan kerusi malas tu dengan harga RM40 dan korang boleh duduk lama mana korang nak . Tempat letak kereta pun banyak dan makin tersusun . Dan paling penting , tandas dan bilik mandi pun banyak dan selesa sebab bersih . Kat sepanjang pantai pun meriah dengan gerai-gerai . So kalau korang lapar memang banyak sangat pilihan makanan kat sana . Sediakan duit secukupnya je laa .


Bukan setakat tu je , kat pantai ni jugak ada macam-macam permainan yang memang best . Ada Banana Boat dan Jet Ski . Harga tak terlalu mahal sebab kalau korang pandai boleh laa tawar menawar dengan pakcik yang jaga tu . Disebabkan bajet tak banyak , nurin dengan adik-adik pilih nak naik banana boat sebab boleh naik beramai-ramai . Ada banyak pilihan kalau korang naik benda ni sebab korang boleh pilih nak jalan jauh atau dekat dan bayaran pun berbeza . Rasanya part paling best naik benda ni bila korang jatuh terbalik . Perghhh ! 



Lastly , dekat dengan pantai ni pun ada dataran . Kat dataran ni ada jugak gerai-gerai kecil yang jual baju , makanan dan macam-macam cenderamata . Kalau yang datang dari jauh nak beli apa-apa untuk kenangan , boleh laa carik kat sini . Bukan tu je , kat sini pun ada permainan jugak . Yang pertama , sewa kereta mainan untuk kanak-kanak . Adik nurin memang minat dan sesuai sangat laa bawak kat sini . Bukat setakat tu je , ada jugak Extreme Driftcycle untuk kanak-kanak dan orang dewasa . Tempat ni memang menarik dan sesuai sangat kalau datang nak beriadah .


p/s : kalau nak banyak lagi tempat menarik , korang klik {SINI} atau {SINI} . Memang banyak lagi tempat menarik kat Port Dickson yang korang kena pergi !

10 February 2014

Bukit Gambang Waterpark , Pahang

Yeayhh ! Dalam kesibukan dengan assignment , tetap jugak luangkan masa untuk update blog travel ni . And kali ni nurin nak share dengan korang tempat yang memang best and debommm kat Malaysia ni . Apa lagi kalau bukan Bukit Gambang Waterpark ! Tempat ni terletak kat negeri Pahang , dan jauh jugak laa kalau dari Melaka ni . Sebenarnya , ada 3 pilihan kalau korang nak bercuti kat sini .
  • Bukit Gambang Safari Park
  • Bukit Gambang Extreme Park
  • Bukit Gambang Waterpark
Disebabkan nurin pergi sekeluarga dan nak mandi-manda kat sana , so kitorang decide nak pergi Bukit Gambang Waterpark . Disebabkan jauh dan taknak penat bila kat sana , kitorang gerak malam and sewa resthouse kat Bandar Muazzam Shah disebabkan homestay kat area Kuantan semuanya penuh . Actually , dari Bandar Muazzam ke Bukit Gambang tak jauh mana , lebih kurang sejam perjalanan :)



Tempat ni kalau korang pergi waktu cuti sekolah , memang terpaksa laa beratur panjang semata nak beli tiket . Hampir sejam jugak laa kitorang ni beratur nak beli tiket . Bayaran masuk untuk orang dewasa RM23.90 dan kanak-kanak RM16.90 . Tapi kalau ada kanak-kanak yang bawah 90cm , boleh laa masuk free . Memang takkan dikenakan bayaran . Macam biasa , semua bayaran atau benda yang korang nak beli kat dalam waterpark tu gunakan e-value . Korang kena topup dulu e-value baru boleh guna :)



Kat sini jugak ada disediakan kemudahan korang untuk berehat . Ada banyak pondok-pondok kecil yang boleh korang sewa . Pondok ni dinamakan Cabana . Ada banyak jenis cabana dan harga untuk sewa cabana ni pun berbeza-beza . Kalau korang datang nak berehat dan ada yang tak nak mandi , sesuai laa sewa cabana ni . Dan kat sini jugak korang kena sewa tube sendiri and ada banyak jenis tube . Korang kena laa angkut tube korang sendiri kalau nak main dekat mana-mana slide . Memang best !



Gambang Waterpark ni ada banyak kawasan dan ada nama-nama tersendiri . Ada Coco Beach , Penguin Island dan The Top Hill Side. Coco Beach ni kawasan paling terbuka dan ramai orang sebab dari kanak-kanak sampai ke dewasa boleh mandi kat sini . Bila dengar bunyi siren je , semua cepat-cepat naik atas pelampung sebab ada ombak dan air akan bergelora lepas tu . Dan kolam ni macam pantai sebab dari air cetek sampai laa air dalam .



Penguin Island pulak ada banyak kolam dan sesuai untuk kanak-kanak sebab air tak berapa dalam dan banyak permainan kanak-kanak .


The Top Hill Side pulak tempat kalau korang nak main macam-macam jenis gelongsor . Ada Canopy Slide , Galaxy Slide ,Crystal Slide , Family Raft Ride dan permainan yang paling mencabar Six Lane Racer Slide sebab korang akan turun slide tu macam 'Superman" !



Satu lagi tempat menarik kat dalam Gambang Waterpark ni adalah Glacier River . Dalam sungai buatan ni , korang cuma perlu duduk diam-diam atas tube dan ikut arus air . Kat Glacier River ni korang akan lalu terowong Journey Of Ice yang konon-kononnya ada snowflakes yang akan turun dari atas terowong. Ni sememangnya tempat paling relax dan santai . Jangan risau kalau tube korang terbalik sebab air sungai buatan ni tak laa dalam mana pun .




So kalau korang yang teringin nak mandi-manda , boleh laa cuba pergi Bukit Gambang Waterpark ni . Memang best dan berbaloi ! Tempat luas , pemandangan cantik dan aktiviti kat sana pun banyak . Try laa :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Me. All Right Reserved To Me.