Haii ! Lets Follow Me . Back To Dashboard? Thanks for coming here :)
Vacay In Malaysia
WELCOME TO VACAY IN MALAYSIA BLOG ! LETS TRAVEL WITH ME :)

23 February 2014

Memorable Day In Langkawi


Entry kali ni untuk berkongsi satu lagi tempat menarik yang ada kat Malaysia ni yang nurin dah lawati . Tengok kat tajuk pun mesti ramai yang dah tahu tentang tempat ni iaitu Pulau Langkawi ! Pulau Langkawi ni sememangnya terkenal dengan tempat-tempat menarik dan tempat percutian yang best . Selain tu , Langkawi juga terkenal dengan pelbagai sejarah yang turut menjadi salah satu daya tarikan pelancong :)



Perjalanan dari Melaka nak ke Langkawi memang jauh . Tapi memang satu pengalaman yang menarik sebab dapat naik feri . Bila sampai sana , tempat pertama yang kitorang pergi dah semestinya Dataran Helang . Dataran Helang ni merupakan mercu tanda Langkawi dan tempat tumpuan pelancong . Patung Lang gergasi yang terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah , dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong yang datang ke Langkawi .



Tempat kedua yang nurin pergi adalah Cabel Car Langkawi . Cable Car Langkawi ni terletak di Gunung Mat Chinchang . Cable car Langkawi mula dibuka kepada umum pada 27 Febuari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter . Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik . Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia , mengalahkan Cable Car di Switzerland . Titian gantung cable car Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks cable car Langkawi . Titian ini unik kerana , walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan . Selain itu , strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya .






Destinasi seterusnya yang kitorang tuju adalah Pulau Dayang Bunting . Fuhh kalau dengar je nama pulau ni mesti semua dah boleh teringat tentang sejarah pulau ni yang memang terkenal . Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah . Ia terletak 17.6km atau 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah , Langkawi . Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang disewa di jeti Pekan Kuah , Pulau Langkawi . Pulau ini dapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting . Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena . Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting , kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting .






Lepas dah habis jalan-jalan kat sekitar Tasik Dayang Bunting , kitorang singgah pulak kat Eagle's Nest Langkawi . Kat sini kita berpeluang untuk tengok burung helang yang sememangnya banyak dan boleh jugak cuba untuk bagi makanan pada burung helang . Pemandu kapal bot akan meleparkan makanan ke dalam air dan menunggu kedatangan burung-burung helang yang besar ini yang sentiasa berterbangan di udara dan turun untuk mendapatkan makanan tersebut .



Seterusnya , kami terus ke Pulau Beras Basah . Pulau ini tidak terlalu luas tetapi mempunyai pemandangan yang cukup cantik . Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh . Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal . Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah . Tetapi AWAS ! Sebab kera banyak berkeliaran kat sini untuk mengambil bekalan makanan yang kita bawa .



Destinasi terakhir waktu kat Langkawi ni adalah Pantai Cenang . Ada banyak kedai . Agak sibuk tapi takde laa sibuk mana . Cuma ini laa tempat tumpuan pelancong . Sepanjang pantai memang cukup terjaga cuma ramai orang so tak berapa ada privacy kecuali di area Meritus . Dan area ni memang banyak restorant . Nak shopping pun boleh sebab ada Cenang Mall yang baru bukak . 




p/s : Kalau ke Langkawi , banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi . Rugi kalau tak singgah sebab lain tempat , lain suasana dan lain pengalamannya . Nak cari tempat menarik kat Langkawi ? Mehh klik {SINI}

3 cute comment:

Nur Syahirah said...

waahh.. g langkawi. best kan?? dulu aku pun selalu g langkawi. tp, ko memang pusing seluruh langkawi tu.. gempak.! nice blog.! i like your blog. but, i like u more. haha

Nur Syahirah said...

waahh.. g langkawi. best kan?? dulu aku pun selalu g langkawi. tp, ko memang pusing seluruh langkawi tu.. gempak.! nice blog.! i like your blog. but, i like u more. haha

Akmal Haris said...

PEHH... BEST BETUL LA LANGKAWI NI..TQ SHARING..

 
This Template Was Made & Design With Love By Me. All Right Reserved To Me.