Alhamdulillah , still
ada kesempatan nak update blog travel ni . Kali ni nurin nak share dengan
korang trip jauh pulak ! Hehee , sampai keluar semenanjung laa jugak jauhnya tu
. Trip kali ni nurin pergi Sarawak Bumi Kenyalang laa pulak . Tak keluar Malaysia
pun tapi tetap jugak ade peluang nak naik kapal terbang :)
Kitorang pilih Miri
sebab kat sana je laa ada saudara-saudara nurin . Disebabkan tak pernah sampai
sana , kitorang tak berani nak pergi tempat-tempat lain sebab takut sesat .
Kalau kat Miri , ada laa jugak orang yang nak tunjukkan jalan and tempat-tempat
best yang kitorang boleh pergi . Ehh ! Miri pun ada banyak tempat menarik tauu
. Rugi laa kalau korang tak try pergi sana and jalan-jalan . Yang paling best
sebab korang ada peluang nak naik kapal terbang pergi sana walaupun perjalanan
cuma 2 jam dari KLIA .
Tempat pertama yang
kitorang pergi kat Miri tu Taman Awam Miri . Taman ni memang sesuai kalau
korang nak jalan-jalan atau beriadah . Nak pergi waktu siang boleh , malam pun
boleh sebab memang sentiasa ramai orang kat sini . Yang bestnya kat taman ni
ada tempat permainan kanak-kanak versi berair dan tak berair . Kalau bawak
kanak-kanak memang sesuai sangat and kat sini jugak ada jambatan gantung .
Yeayhh ! Walaupun gayat , tetap jugak try naik atas jambatan tu sebab rugi
kalau tak try :)
Tempat seterusnya
ialah The Grand Oil Lady atau Telaga Minyak
Miri yang terawal sekali di Miri . Ada jugak orang panggil tempat ni Canada
Hill . Kalau korang nak tengok pemandangan bandar Miri , boleh nampak dari atas
ni sebab tempat ni terletak betul-betul kat atas bukit . Waktu malam , memang
cantik pemandangan dari atas ni sebab korang nampak lampu-lampu macam kat KL .
Kat sini jugak ada Muzium Petroleum . Masuk je muzium , mesti terpegun sebab
banyak benda best kat dalam muzium ni . Paling penting , decoration dalam
muzium ni memang cantik !
Seterusnya kitorang pergi rumah panjang yang ada kat Miri tu
. Kebanyakan orang kat sana bukan Islam , so kitorang terpaksa pilih dan tanya
ketua kat sana sebelum masuk dalam rumah . Rumah panjang ni menarik sebab dalam
satu rumah boleh ada lebih kurang 10 keluarga yang duduk . Setiap keluarga ada
bilik masing-masing yang memanjang ke belakang . Kebanyakan aktiviti diorang
akan buat beramai-ramai kat ruang tamu rumah yang sememangnya panjang !
Destinasi seterusnya ialah Marina Bay . Kat sini korang boleh
tengok banyak kapal-kapal sebab memang tempat kapal berlabuh . Tapi waktu
kitorang datang , Marina Bay ni masih dalam renovation . Disebabkan tu tak
boleh nak berjalan sakan kat sana . Boleh tengok kapal dari jauh je . Tapi ,
pemandangan kat sini memang cantik . Tempat ni memang ramai orang datang waktu
petang .
Akhir sekali . tempat
yang agak menarik jugak dekat Miri ni adalah Luak Bay Esplanade . Wahh ! Kalau
korang dengar nama pun mesti dah terbayang tempatnya kan . Luak Bay Esplanade
ni kawasan tepi pantai , memang best kalau korang nak bersantai waktu petang
dengan keluarga . Banyak gerai-gerai kat sini and ada macam-macam makanan .
Opss ! Ada lagi satu tempat best yang lebih kurang macam Luak Bay Esplanade ,
nama tempat tu Tanjung Lubang . Kat sini pun best sebab pemandangan cantik and
kawasan tepi pantai . Boleh laa datang kalau korang nak berehat-rehat lepas
penat berjalan .
p/s : Tu je tempat-tempat yang nurin sempat lawat sepanjang kat sana . Kalau korang nak tahu banyak lagi tempat best kat Miri , korang boleh kli {SINI}
3 cute comment:
lama dah tak pergi miri ;')
Miri! My hometown.. :)
MIRI ALSO MY HOMETOWN..IYE KAN JE LA..HEHE
Post a Comment